JAKARTA – Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lalu ditemui sebentar tadi, lapor laman berita Suara.com.
Kotak hitam itu ditemui pasukan penyelam di dasar laut Kepulauan Seribu, Jakarta pada pukul 4.30 petang tadi (waktu tempatan).
Selain itu, kotak hitam berkenaan kemudian dilaporkan dibawa ke Pelabuhan Tanjung Priok sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan untuk dianalisis.
Alat perakam data penerbangan tersebut dipercayai tertimbus pada timbunan bangkai pesawat di dasar laut yang berlumpur.
Sebelum itu, pasukan pencari mengesan isyarat kuat dari kotak hitam tersebut di sekitar kawasan berkenaan. – Agensi