fbpx

Kebenaran operasi sektor perdagangan pengedaran di bawah KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan sentiasa memastikan rangkaian peruncitan, pengedaran dan pemborongan yang merupakan nadi kepada ekonomi domestik tidak terjejas sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu diambil bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka masih boleh mendapatkan bekalan barangan keperluan asas di pasaran.

Menurut beliau, dalam mengimbangi kelangsungan perkembangan ekonomi dalam negeri, salah satu daripada lima sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi adalah sektor perdagangan dan pengedaran yang merupakan salah satu sektor di bawah kawal selia KPDNHEP.

“Senarai aktiviti sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi adalah seperti kompleks beli-belah, pasar raya, farmasi, kedai serbaneka dan dobi (tidak termasuk layan diri).

“Selain itu, restoran, kedai perabot, kedai emas, kedai elektrik dan elektronik, kedai buku dan alat tulis serta makanan haiwan turut dibenarkan beroperasi.

“Begitu juga, bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti, pusat pengedaran dan jualan kereta dan stesen minyak,” katanya dalam satu kenyataan akhbar malam tadi.

Alexander berkata, bagi memastikan tiada sebarang halangan atau sekatan pergerakan sepanjang tempoh PKP, syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti perdagangan pengedaran perlu mendapatkan surat notifikasi pengesahan pendaftaran.

Menurutnya, syarikat tersebut boleh memohon surat notifikasi pengesahan pendaftaran dengan mengakses portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS), MITI melalui pautan https://notification.miti.gov,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5903 atau melalui emel kepada [email protected]. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI