fbpx

Jalan Kluang-Kota Tinggi ditutup akibat tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta Perodua Viva terkandas di dalam lumpur ekoran kejadian tanah runtuh di Jalan Kluang-Kota Tinggi, Taman Sri Impian, Kluang malam semalam. - Foto IHSAN BOMBA

KLUANG – Hujan berterusan di daerah ini, menyebabkan kejadian tanah runtuh yang berkeluasan kira-kira 30 meter di jalan utama ke Taman Seri Impian di sini malam semalam.

Menurut Komander Operasi PBK II, Jusoh Mohd. Salleh, dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, seorang pemandu Perodua Viva tidak sempat mengelak runtuhan berkenaan dan menyebabkan kenderaannya terkandas.

Katanya, namun individu berkenaan yang belum dikenal pasti identitinya berjaya dibawa keluar dari kenderaannya oleh orang awam.

“Dalam kejadian di Jalan Kluang – Kota Tinggi, berhampiran Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom itu, sebuah jentera LFRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan seramai sembilan anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kejadian tanah runtuh yang berkeluasan 100 kaki menyebabkan satu laluan jalan raya tertutup.

“Terdapat sebuah kereta jenis Perodua Viva telah melanggar lumpur tanah runtuh tersebut. PKO bertindak membuat pemantauan dan menyerahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakn lanjut,” katanya.

Katanya, operasi ditamatkan pada pukul 9.49 malam berikutnya.

Sehingga kini laluan tersebut masih ditutup kepada pengguna. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI