fbpx

GOT7 tinggalkan JYPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOT7

KHABAR mengejutkan daripada GOT7 apabila dilaporkan semua anggota kumpulan itu menamatkan kontrak bersama agensi JYP Entertainment (JYPE) yang dinaungi mereka sejak 2014.

GOT7 baru sahaja muncul dengan album Dye and Breath of Love: Last Pieces pada November tahun lalu, namun tiba-tiba muncul dengan khabar angin mengejutkan ramai pihak.

Menguatkan spekulasi berkenaan, peminat mendapat tahu bahawa penyanyi Park Jin-young atau JYP (Ketua Pegawai Eksekutif JYPE) tidak lagi mengikuti beberapa anggota GOT7 dalam Instagram.

Sebelum ini, anggota GOT7 iaitu Jin-young mengesahkan berpindah ke agensi BH Entertainment diikuti khabar angin Yugyeom yang dikatakan akan bergelar artis naungan AOMG.

Sementara Youngjae pula didakwa akan bernaung di bawah syarikat Sublime Artist, Jackson kekal dengan Team Wang dan Mark pula akan pulang ke Amerika Syarikat dengan membuka akaun YouTube.

Kumpulan itu baru sahaja meraikan ulang tahun ketujuh pada bulan ini. Malah JYPE sebelum ini pernah memaklumkan bahawa kontrak eksklusif kumpulan itu akan berakhir tidak lama lagi.

Portal Dispatch menerusi satu laporan pada 10 Januari lalu mendakwa Jackson, BamBam, JB, Jin-young, Youngjae, Yugyeom dan Mark tidak akan menyambung kontrak bersama JYPE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI