fbpx

Darren idam kembali sarung jersi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARREN masih memasang impian untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada masa depan.

Penyerang berdarah kacukan negara, Darren Lok berazam dapat kembali bersama dengan skuad Harimau Malaya yang dijangka mengharungi jadual padat tahun ini selepas lebih tiga tahun dipinggirkan ekoran prestasi merudum.

Bagaimanapun, Darren mengakui dirinya perlu terlebih dahulu mempamerkan aksi konsisten dan cemerlang bersama pasukan baharu yang diwakili, Petaling Jaya City FC (PJ City) pada kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kata penyerang kelahiran England itu, beraksi bersama skuad Harimau Malaya sememangnya menjadi impian setiap pemain terutama apabila mendapat peluang untuk beraksi dalam saingan antarabangsa yang kompetitif.

“Misi setiap pemain Malaysia sememangnya adalah untuk mewakili skuad negara dalam kejohanan antarabangsa dan saya akui agak rindu untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas kali terakhir mendapat panggilan pada 2018.

“Namun, saya sedar pemain yang ada ketika ini sangat berkualiti dan mana-mana pemain yang mahu mendapat panggilan secara merit, perlu mempamerkan aksi konsisten dalam kancah Liga M.

“Mungkin musim ini peluang saya untuk me­nyerlah lebih cerah kerana bersama dengan PJ City yang mana saya pasti dapat minit permainan seperti yang diharapkan berbanding ketika mewakili Terengganu FC (TFC) musim lepas,” katanya.

Sebagai rekod, Darren meraih kap pertamanya dalam pentas antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya pada tahun 2016 dan berjaya disenaraikan dalam skuad akhir Piala AFF Suzuki tahun tersebut.

Pemain yang beraksi di posisi penyerang itu sebelum ini mencipta nama bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2016 hingga 2019 sebelum berhijrah ke TFC pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI