fbpx

Buaya terperangkap dalam parit ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor buaya sepanjang kira-kira 2.7 meter telah ditangkap selepas terperangkap di dalam sebuah parit di Kampung Melango, Saratok di sini, hari ini

BETONG – Seekor buaya sepanjang kira-kira 2.7 meter telah ditangkap selepas terperangkap di dalam sebuah parit di Kampung Melango, Saratok di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, panggilan kecemasan telah diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok sekitar pukul 8.19 malam.

“Setibanya di lokasi, laporan disahkan benar bahawa terdapat seekor buaya anggaran sembilan kaki panjang dan tiga kaki lilitan besar terperangkap di dalam parit terbabit.

“Pasukan tindakan kecemasan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menjinakkan reptilia berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Buaya tersebut kemudiannya diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation untuk tindakan selanjutnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI