fbpx

Baru usia lapan tahun sudah mahir kemudi perahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN HAKIM mengemudi perahu di hadapan rumahnya di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Kecil-kecil cili padi. Itu perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan kemahiran seorang kanak-kanak lapan tahun dari Kampung Tersang, Rantau Panjang di sini mengemudi perahu seperti orang dewasa.

Kemahiran Luqman Hakim Faizal dilihat cukup mengagumkan apabila ‘ligat’ mengemudi perahu dengan penuh tenang sambil dipantau oleh bapanya yang dikenali sebagai Faizal, 40-an.

Luqman Hakim berkata, dia mula terdedah dengan kemahiran mengemudi perahu itu ketika berusia enam tahun.

“Minat untuk mempelajari kemahiran itu timbul selepas setiap tahun kawasan rumah ditenggelami banjir.

“Banjir merupakan ‘kelas’ buat saya untuk mengasah kemahiran mengemudi perahu dengan lebih baik. Sesi latihan itu dipantau oleh bapa bagi memastikan ke­selamatan saya terjamin,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, Faizal berkata, selain dirinya, Luqman Hakim mempelajari kemahiran itu daripada ahli keluarga lain.

“Semua ahli keluarga pandai mengendali perahu dan ia sudah sebati dengan kehidupan kami.

“Selain itu, saya juga mengajarnya dengan ilmu berenang bagi menambah keyakinan untuk mempelajari lebih banyak selok-belok mengemudi perahu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI