fbpx

Banjir Kelantan hampir pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Banjir yang melanda negeri ini semakin pulih apabila hanya 90 keluarga masih lagi berada di enam buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Daripada enam buah PPS itu, empat dibuka di Pasir Mas manakala dua lagi di Kuala Krai.

Di Pasir Mas, PPS yang masih dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 106 mangsa, SK Bakong (48 mangsa), SK Kedai Tanjong (44 orang) dan Putat 7 (41 orang).

Di Kuala Krai pula Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai Lama seramai 25 orang dan SK Banggol Guchil 12 orang.

Setakat ini, hanya paras air Sungai Golok di Kuala Jambu masih melepasi tahap bahaya iaitu 2.62 meter sementara Rantau Panjang berada pada tahap amaran iaitu 8.91 meter.

Empat batang sungai utama di negeri ini berada di paras berjaga-jaga iaitu Galas setinggi 55.22 meter, Lebir (26.63 meter), Tangga Krai (19.32 meter) dan Tambatan DiRaja (19.86 meter). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI