fbpx

55,520 pelajar akan mulakan sesi persekolahan 2021 di seluruh Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (kiri) menyampaikan bantuan Covid-19 kepada pemandu teksi di Dewan Utama Kompleks Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor di Johor Bahru semalam. - Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seramai 55,520 pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam Atas yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijangka akan memulakan sesi persekolahan pada 20 Januari ini di seluruh Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, jumlah itu melibatkan seramai 49,475 calon peperiksaan SPM 2020 dan 2021, 4,857 calon STPM dan 1,188 lagi merupakan calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM pada tahun ini dibenarkan memulakan sesi persekolahan bagi peringkat pertama susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dikuatkuasakan di negeri ini.

“Bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang perubahan, ianya akan diumumkan oleh kerajaan pusat,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Covid-19 kepada seramai 300 pemandu teksi di bandar raya ini.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Yayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Juraidah Hassan.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan enam buah negeri akan dikenakan PKP selama dua minggu bermula esok dengan Johor merupakan antara negeri yang terlibat.

Tambah Mazlan lagi, bagi pelajar dan murid lain, sesi persekolahan akan ditentukan mengikut arahan Kementerian Pendidikan bergantung kepada keadaan semasa melibatkan pandemik covid-19 dan banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI