BENTONG – Gara-gara lubang jalan sepasang suami isteri nyaris maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan selepas terlanggar lubang di Jalan Bentong-Raub berhampiran Dataran Tras di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu menyebabkan penunggang mostosikal Shahrizal Suhaimi,38, mengalami keretakan kaki kiri manakala isterinya, Norashikin Hamzah,34, menerima empat jahitan di bahagian siku kiri.
Shahrizal berkata, semasa kejadian dia bersama isterinya yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan untuk bekerja dari Kampung Chamang di sini ke sebuah kilang di Janda Baik dekat sini.
“Apabila sampai ditempat kejadian saya memang tidak nampak lubang berkenaan yang dan melanggar sebelum tercampak dan terseret ke tengah jalan, nasib baik tidak dilanggar kenderaan.
“Kaki saya mengalami keretakan walaupun memakai kasut but keselamatan, tidak tahulah macam mana kalau saya pakai kasut biasa,”katanya di sini hari ini. -K! ONLINE