fbpx

Sentuhan Haaland semakin tajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meledak dua gol ketika membantu Dortmund mencatat kemenangan ke atas Leipzig. – AFP

LEIPZIG – Penyerang prolifik Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland terus berada dalam kelas tersendiri apabila meledak dua gol menewaskan RB Leipzig 3-1 pada aksi Bundesliga di Red Bull Arena awal pagi semalam.

Lebih menarik, kecemerlangan Haaland turut mendapat pujian ketua jurulatih Leipzig, Julian Nagelsmann yang menyifatkan kekalahan skuad bimbingannya disebabkan ketajaman penyerang Norway berusia 20 tahun itu.

Nagelsmann, 33, tanpa berselindung mengakui, Haaland mampu berada pada satu tahap yang lebih hebat selepas berjaya meledak 25 gol daripada 25 perlawanan Bundesliga sejak berhijrah menyertai Dortmund daripada RB Salzburg pada Januari tahun lalu.

“Persembahan Haaland hari ini membuktikan kenapa banyak pasukan mahu menandatangani khidmatnya. Dia akan menjadi lebih berbahaya kalau diberikan sedikit ruang kosong walaupun sedang dikawal empat pemain.

“Ia antara sebab kami mahu membelinya sebelum ini tetapi dia memilih untuk menyertai Dortmund. Saya kagum dengan prestasinya kerana bukan mudah untuk menjaringkan 25 gol dalam 25 perlawanan liga pada usia muda sebegini,” kata Nagelsmann.

Kegagalan barisan pertahanan Leipzig merantai Haaland mengundang padah apabila dia berjaya meledak dua gol buat Dortmund pada minit ke-71 dan 84 selepas terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Jadon Sancho (m-55).

Sebagai rekod, walaupun Haaland mengikat perjanjian dengan Dortmund sehingga 2024 tetapi dia boleh dibeli dengan nilai £67 juta (RM330.2 juta) sahaja apabila klausa perpindahan dalam kontraknya diaktifkan pada Julai tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI