fbpx

Satu kes Covid-19, varian UK dikesan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 telah dikesan di Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut telah dilaporkan daripada seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada Disember lalu.

“Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Noor Hisham menambah, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India sejak Oktober lalu.

“Sebanyak 968 sampel telah diuji sejak tempoh itu dan telah melakukan genome sequencing bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel.

“Setakat 11 Januari lalu, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Jelasnya, walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat.

“Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa,” jelasnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI