fbpx

Persiapan rapi Brie Larson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRIE LARSON

AKTRES Brie Larson sudah membuat persiapan awal fizikal dengan menyediakan ruangan gimnasium khas di rumahnya semata-mata untuk tampil menarik dan yakin selepas ditawarkan memegang salah satu watak dalam filem Captain Marvel 2.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Larson menerusi saluran YouTube miliknya.

“Seperti yang anda tahu, Captain Marvel 2 akan menemui anda tidak lama lagi. Inilah masanya untuk saya mempersiapkan diri dengan rapi demi tampil menarik dan yakin,” ujarnya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, Larson tidak berkongsi butiran lanjut tentang maklumat filem tersebut termasuk watak yang akan dipegang olehnya.

Bahkan sehingga kini, belum ada sebarang maklumat yang dikongsikan tentang filem tersebut yang dilaporkan akan mendapat sentuhan sutradara, Nia DaCosta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI