TOKYO -Satu pameran khas bertemakan drama popular Korea Selatan, Crash Landing On You (CLOY) dibuka kepada orang ramai di Tokyo pada 8 Januari lalu, lapor agensi berita Kyodo, baru-baru ini.
Pameran tersebut memberi peluang kepada peminat drama Korea untuk mengimbau adegan paling diingati dalam CLOY.
Binaan semula lokasi babak-babak itu menggunakan lebih dari 450 alat peraga dan foto daripada drama tersebut.
Ia turut menampilkan beberapa kostum yang dipakai oleh bintang utama iaitu Hyun Bin dan Son Ye Jin dalam drama cinta 16 episod itu.
Pameran di Tokyo dijadualkan berlangsung sehingga 27 Februari di sebuah kompleks komersial berhampiran Stesen Kereta Api JR Harajuku sebelum dipindahkan ke bandar Osaka, Fukuoka dan Nagoya.
Tiket masuk ke pameran CLOY itu dilaporkan berharga ¥1,800 (RM69.86) bagi seorang pengunjung.
Drama CLOY dicaonkan sebagai salah satu dari 10 perkara sohor di Jepun tahun lalu kerana ramai penduduk yang menonton siri ini ketika tinggal di rumah semasa perintah berkurung akibat penularan wabak koronavirus. – Agensi