KUALA LUMPUR – Amylea group Sdn. Bhd. pengeluar produk penjagaan diri dan kecantikan berjenama Mylea, optimis terhadap prestasi jualan syarikat pada tahun ini meskipun berdepan dengan persekitaran ekonomi sukar pada pasca Covid-19.
Pengasas jenama Mylea, Amylia Farhana berkata, sepanjang tahun lalu, perolehan jualan adalah menggalakkan kerana produknya dijual secara online dan ia bersesuaian dengan trend semasa yang mana kecenderungan pelanggan terhadap pembelian melalui platform media sosial begitu tinggi.
Menurut beliau, testimoni positif pelanggan dengan strategi pemasaran yang aktif menjadi antara faktor penggalak kepada peningkatan jualan pada tahun ini dan juga tahun sebelumnya.
“Kami yakin melalui pelantikan selebriti, Rozita Che Wan sebagai duta produk Mylea bakal meningkatkan perolehan jualan pada tahun 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani kontrak pelantikan duta baharu Mylea untuk tempoh setahun di sini baru-baru ini.
Amylia menjelaskan, produk Mylea yang telah berada di pasaran sejak lapan tahun lalu menawarkan enam jenis produk iaitu Mylea Freckles Serum dengan Moist 24 Essence & Centella Asiarica, Mylea Honey Soap, Mylea Treatment Foundation, Mylea Moisturizing Lipmatte, Mylea Pore Invisible Primer serta Mylea Lip Scrub.
Menurut Amylia, produk jualannya bersesuaian untuk semua jenis kulit tetapi difokuskan kepada pelanggan yang berusia 30 tahun ke atas.
Ini kerana, kebanyakan pelanggan menghadapi pelbagai masalah berkaitan jerawat, jeragat, kulit kusam dan faktor penuaan.
“Melalui kajian dan pembangunan yang sering menjadi keutamaan syarikat, pastinya kami mampu menawarkan produk berkualiti tinggi dan bakal membantu menyelesaikan masalah berkaitan kulit wajah secara semula jadi,” jelasnya.
Bersesuaian dengan kualiti produk, syarikat telah mendapat pelbagai pengiktirafan, antaranya ialah Super Health Brand Asia Pacific Award 2018/2019 dan juga SME100 Awards 2020.
Selain mendapat tempat di pasaran domestik, Mylea juga telah berjaya menembusi pasaran di Indonesia, Singapura dan Brunei.