KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah membelanjakan RM1.63 juta bagi membaiki jalan di sekitar daerah ini tahun lalu.
Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pembelanjaan itu melibatkan 429 turapan jalan dibawah selenggaraan pihaknya bagi memastikan keselamatan para pengguna jalan raya.
Katanya, ini termasuk jalan berlubang, rekahan dan rosak akibat pelbagai sebab termasuk kenderaan berat.
“Pembelanjaan itu didapati menurun berbanding direkodkan pada tahun 2019 sebanyak RM1.65 juta.
“Kita cuba buat yang terbaik untuk memastikan jalan yang diselenggara di bawah MPK berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Kosmo! baru-baru ini melaporkan polis Selangor mendedahkan 148 kemalangan maut dilaporkan daripada 222 kemalangan sepanjang tempoh 2018 hingga 2020. -K! ONLINE