fbpx

Mat Nen dalang kes pecah premis dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki dikenali sebagai Mat Nen yang diburu polis kerana disyaki terlibat kes pecah premis cuci kereta berjaya ditahan di Tikam Batu di sini semalam.

Suspek berusia 23 tahun sebelum ini bertindak melarikan diri selepas cuba ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Petani pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, salah seorang anggota, Koperal Mahadir Elis, 38, maut dilanggar sebuah motosikal ketika sedang mengejar suspek berhampiran lampu isyarat di Jalan Sungai Petani – Tikam Batu di Padang Temusu di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan ketika proses tangkapan dilakukan di sebuah stesen minyak di Tikam Batu di sini kira-kira pukul 6.30 petang.

“Hasil soal siasat awal, suspek dikenali sebagai Mat Nen yang berasal dari Kampung Ceruk Kelubi, Sungai Pasir dekat sini mengaku terlibat melakukan pecah kedai bersama dua rakannya yang telah ditahan sebelum ini.

“Kita akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui penglibatannya dalam beberapa kes lain,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI