fbpx

Khabar angin PM akan dirawat tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Khabar angin yang menyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami beliau adalah tidak benar dan berniat jahat.

Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan Perdana Menteri telah disahkan bebas dari penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau.

“Khabar angin yang menyatakan bahawa akan ada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar,” jelas kenyataan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI