fbpx

‘Kalau campur dari tahun 2013, saya sudah jutawan’ – Achey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Achey

PETALING JAYA – Pelawak popular Achey mendedahkan kalau dihitung pendapatannya sejak mula berkecimpung dalam dunia seni, dia sudah bergelar seorang jutawan.

Bagaimanapun, kata Achey atau nama lengkapnya, Mohd. Nasir Hamzah, sejak akhir-akhir ini, pendapatannya susut namun percaya akan hadir sinar jika terus bekerja keras.

“Kalau campur dari tahun 2013, saya sudah jutawan tapi sejak kebelakangan ini susut sedikit pendapatan.

“Bukan hanya kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi saya banyak tanggungan terutama ibu bapa dan mertua.

“Adik-beradik pun kalau ada masalah kewangan saya akan tolong. Bukan saya boleh tolong semua. Saya akan tanya mereka susah dari segi apa, kalau boleh bantu saya akan bantu,” ujar Achey, 34, kepada Kosmo! Online semalam.

Achey ditemui pada majlis pelancaran pelancaran produk makanan, Palut’s Superhero di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor semalam.

Turut hadir Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Palut’s Food Sdn. Bhd., Ridzuan Ansar.

 

Achey (dua dari kanan) bersama Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Palut’s Food Sdn. Bhd., Ridzuan Ansar (berbaju hitam) dan dua selebriti lain, Zoey Rahman dan Saharul Ridzwan.

Dalam pada itu, Achey turut mengutarakan hasrat untuk terus maju dalam bidang perniagaan. Terbaharu, dia bercadang untuk mengusahakan menjalankan perniagaan kedai runcit.

“Insya-Allah, saya memang sudah lama ingin menjalankan perniagaan kedai runcit. Macam Lan Solo pun ada kedai runcit.

“Tahun 2021 banyak perancangan bisnes yang terkandas. Sebelum ini saya cakap nak buka kedai aksesori motosikal namun tidak dapat dilaksanakan sebab PKP. Untuk bisnes kedai runcit, saya sudah tengok beberapa kawasan. Insya-Allah, doakan yang baik-baik,” katanya lagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI