fbpx

Inix naik taraf pengeluaran sarung tangan getah di Beranang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Inix Technologies Holdings Bhd. (iNix) menerusi anak syarikat milik penuhnya, iNix Glove Manufacturing Sdn. Bhd. (iNix Glove) menandatangani perjanjian sewaan selama 10 tahun untuk kilang sarung tangan getah di Beranang, Selangor.

Ia berikutan pengambilalihan 51 peratus saham pengeluar sarung tangan, L&S Gloves Sdn. Bhd. (L&S Gloves) oleh iNix pada Disember lalu yang kini sedang memasuki fasa akhir, melibatkan pelaburan tidak kurang daripada RM50 juta.

Pengarah L&S Gloves, Teo Yoek Leong berkata, fasiliti pengeluaran di Beranang mempunyai dua barisan pengeluaran dan menerusi perjanjian sewaan berkenaan, pihaknya akan menambah dua lagi barisan pengeluaran bulan depan.

Jelasnya, selepas itu, dua lagi barisan pengeluaran akan ditambah setiap tiga bulan dengan sasaran akhir sebanyak 14 barisan pengeluaran.

“Semua sarung tangan yang dihasilkan, akan dijual lebih awal dan penghantaran kepada pelanggan dibuat setiap hari.

“Kami memiliki jumlah pesanan mencukupi untuk pengeluaran selama dua tahun dengan kapasiti menghasilkan 110 juta keping sarung tangan getah sebulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI