fbpx

Ibu bapa tetap beli kelengkapan sekolah elak bertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Afidah bersama dua orang anaknya Muhammad Iman Hakimi dan Muhammad Imran Firash membeli kelengkapan persekolahan di sebuah pasar raya di Ipoh semalam. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Walaupun bimbang kemungkinan sesi persekolahan ditunda, namun golongan ibu bapa tetap membuat persiapan membeli pakaian, kasut dan kelengkapan lain sebagai persediaan awal.

Tinjauan Kosmo! di sini mendapati, orang ramai mengambil peluang cuti hujung minggu untuk berbelanja memandangkan sesi persekolahan akan bermula pada 20 Januari ini.

Rata-rata mereka yang ditemui memberitahu tidak mahu bersikap tunggu dan lihat sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan bagi mengelakkan berlakunya pembelian akhir.

Bagi penjawat awam, Nor Afidah Hashim berkata, dia tetap membeli kelengkapan sekolah untuk dua orang anaknya yang berusia 13 dan 11 tahun kerana tidak mahu bertangguh.

“Sama ada sekolah dibuka atau cuti dilanjutkan kerana PKP biarlah perkara tersebut diputuskan oleh pihak kerajaan tetapi sebagai ibu bapa kita tetap laksanakan apa yang sepatutnya.

“Saya membelikan sepasang pakaian, kasut dan alat-alat tulis dengan peruntukan sebanyak RM200 untuk setiap seorang,” katanya semasa ditemui di Pasarayaku dekat Station 18 di sini semalam.

Sementara itu, juruteknik, Ahmad Shukor Hasim pula memberitahu, dia hanya membeli sepasang pakaian dan kasut untuk tiga orang anaknya termasuk sorang yang bakal memasuki Tahun Satu.

Katanya, dia tidak mahu bertangguh membeli kelengkapan sekolah kerana telah mengasingkan wang tersebut selain mengelak jika dibelanjakan untuk perkara lain.

“Biarlah kita selesai membeli kelengkapan sekolah agar apabila sesi persekolahan dibuka nanti tidaklah berlaku kelam-kabut kerana pakaian belum dibeli.

“Ini kerana anak-anak pun nampak bersemangat membeli barangan kelengkapan selain tidak sabar-sabar hendak ke sekolah,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI