PETALING JAYA – Hanya dua anggota dari isi rumah dibenarkan keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama bagi membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit berdekatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mana-mana individu
yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000. – K! ONLINE