fbpx

Empat suspek kutip wang perlindungan serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat suspek yang diburu merusuh dengan senjata bagi mengutip wang perlindungan ditangkap selepas menyerah diri kepada polis.

KLANG – Pemburuan empat suspek yang terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata ketika meminta wang perlindungan daripada pemilik restoran di Pandamaran sebelum ini berakhir apabila kesemua mereka tampil menyerah diri baru-baru ini.

Tiga suspek ditangkap pukul 9.30 malam Sabtu lalu sementara seorang lagi suspek diberkas pukul 4.30 petang tadi selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Terdahulu, wajah keempat-keempat suspek didedahkan polis pada 6 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya turut merampas dua telefon bimbit jenama Oppo daripada dua suspek berkenaan.

“Kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes merusuh dengan senjata itu.

“Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh, judi dan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, tiga suspek kini direman selama empat hari sehingga Rabu ini dan seorang lagi akan dimohon perintah remannya esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menahan tujuh lelaki yang bertindak samseng terlibat dalam pergaduhan ketika meminta wang perlindungan sebanyak RM500 daripada seorang pemilik restoran ditahan sekitar daerah ini.

Kesemua suspek berusia 22 hingga 57 tahun itu diberkas menerusi beberapa siri serbuan dalam tempoh tiga jam bermula pukul 8 malam, 4 Januari lalu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI