fbpx

China tutup seluruh kampung bendung penularan Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Beijing, China beratur menunggu giliran untuk mengambil ujian Covid-19, hari ini. - AFP

BEIJING – China menguatkuasakan  perintah berkurung melibatkan seluruh kampung di sebuah daerah di Beijing bagi mengekang penularan koronavirus yang disifatkan paling buruk sejak   enam bulan lalu, lapor akhbar Daily Mail hari ini.

Semua kampung di daerah Shunyi, timur laut Beijing yang mempunyai lebih 1.2 juta penduduk menjalani prosedur kuarantin sementara pegawai kesihatan memulakan saringan  Covid-19 secara besar-besaran, kata pemerintah dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Wangkui yang merupakan sebuah daerah didiami 440,000 penduduk di wilayah Heilongjiang, timur laut  China turut berdepan perintah berkurung hari ini setelah melaporkan 20 kes koronavirus tanpa gejala.

China kini berdepan peningkatan kes Covid-19 terbesar  dalam tempoh enam bulan selepas melaporkan kes harian  tertinggi sejak Julai tahun lalu.

Bermula minggu lalu, China telah menutup dua bandar di selatan Beijing, memutuskan hubungan pengangkutan dan melarang berjuta-juta penduduk keluar bagi membendung krisis terbaharu koronavirus di negara berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI