fbpx

Belum dikurniakan anak, Siti Elizad harap suami tak bosan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Elizad dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

PETALING JAYA – Hasrat pelakon Siti Elizad berpindah ke kediaman baharu bersama zuriatnya masih tidak kesampaian akibat mengalami keguguran pada November tahun lalu.

Luahan tersebut ditulis dalam satu hantaran Instagram yang dikongsi sempena ulang tahun keenam perkahwinan bersama suaminya, Shamsul Baharin Rahman hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, juruhebah radio Sinar FM itu dilihat sedang duduk di hadapan sebuah rumah banglo yang dibeli bersama suami sejak 2018.

“Kami beli rumah ini pada tahun 2018 dengan harapan tahun 2021 rumah ini siap dan kami sudah ada zuriat sendiri.

“Nampaknya masih lagi kita berdua sayangku,” tulisnya dalam entri tersebut.

Tambah pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu, dia juga berharap agar suaminya tidak bosan dengan kehidupan berdua dengannya kerana belum dikurniakan zuriat.

“Nampaknya isteri awak ini terpaksa jadi ‘bayi kecil’ untuk memeriahkan keluarga kita.

“Saya harap sangat awak tidak bosan dengan saya memandangkan isteri awak ini belum ada rezeki untuk beri zuriat.

“Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan keenam. Terima kasih selalu layan, sabar dan melindungi saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Siti Elizad mengalami keguguran pada November tahun lalu selepas seminggu disahkan hamil anak pertama hasil rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Aktres itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul pada 11 Januari 2015. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI