fbpx

Bantah monopoli bekalan ayam di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizur Rahman (tengah) pada sidang akhbar di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Gabungan Peniaga-Peniaga Ayam Pulau Pinang mendakwa bekalan ayam di bahagian pulau di negeri itu bakal dimonopoli oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura bermula Mac depan.

Sehubungan itu, kira-kira 200 peniaga ayam membantah tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang didakwa akan menghapuskan proses penyembelihan ayam di semua pasar basah dan hanya membenarkan bekalan ayam dibekalkan oleh syarikat berkenaan.

Pengerusinya, Azizur Rahman, berkata, MBPP sepatutnya memperhalusi beberapa isu termasuk isu bekalan ayam halal sebelum membenarkan bekalan ayam dimonopoli oleh sebuah syarikat dari luar negara.

“Pelanggan kini lebih berhati-hati dengan soal halal selepas isu kartel daging haram dibongkar.

“Mereka akan tanya dari mana kami peroleh bekalan ayam, kami sendiri tidak yakin dengan status ayam yang akan dibekalkan oleh syarikat berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Isu tersebut timbul susulan cadangan MBPP untuk menghapuskan proses penyembelihan ayam di semua pasar basah di pulau apabila pembinaan pusat pengedaran ayam di Batu Lanchang di sini siap sepenuhnya tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI