fbpx

Anumanthan tekad balas budi KDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUMANTHAN dilihat tidak berdepan masalah bersama Kedah kerana pernah berjaya Aidil Sharin di Home United sebelum ini. – FB KDA FC

TONGGAK import baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Anumanthan Mohan Kumar sudah tidak sabar untuk ‘turun padang’ membantu pasukan baharunya itu mengharungi saingan Liga Super dan Piala AFC musim ini.

Pemain tengah antarabangsa Singapura itu juga bertekad memberikan prestasi terbaik dalam usaha memenangi pelbagai kejuaraan bersama skuad Helang Merah bermula dengan memburu gelaran Piala Sumbangsih pada 26 Februari ini.

“Sasaran saya musim 2021 ini untuk berjuang dalam setiap kejuaraan termasuk Piala AFC. Saya juga menanti perlawanan besar seperti Piala Sumbangsih bulan depan.

“Berdasarkan pemerhatian saya tahun lepas, Kedah adalah sebuah pasukan hebat dan mampu bersaing dengan mana-mana pencabar dalam saingan liga. Saya cukup bertuah kerana diberi peluang beraksi bersama Kedah,” katanya.

Dalam masa sama, Anumanthan, 26, meluahkan kegembiraannya kerana dapat kembali beraksi di bawah bimbingan ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak selepas kali ter­akhir bersama jaguh Singapura, Home United dari 2017 hingga 2018.

“Semua orang mengalu-alukan kedatangan saya pada hari pertama. Saya menantikan cabaran bersama Kedah kerana saya mahu pergi jauh dan raih banyak kejayaan seperti menjuarai peringkat zon Piala AFC bersama Aidil Sharin sebelum ini,” jelasnya.

Sebagai rekod, Kedah yang merupakan naib juara Liga Super tahun lalu, mengikat khid­mat Anumathan daripada kelab Singapura, Hougang Uni­ted bagi mengisi kekosongan kuota ASEAN selepas rakan senegaranya, Muhammad Shakir Hamzah memilih menyertai Perak musim ini.

Kehadiran Anumanthan melengkapkan slot pemain import terakhir bagi skuad gergasi utara tanah air itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI