KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya peringkat merak dan amaran cuaca buruk peringkat jingga di tiga kawasan di negeri Sabah pada hari ini.
Menerusi kenyataan di laman Facebook MetMalaysia yang dikeluarkan pukul 8.45 pagi tadi memaklumkan, bagi amaran cuaca peringkat merah ia melibatkan daerah Kudat.
Katanya, seluruh kawasan di Kudat akan menerima hujan yang sangat lebat sepanjang hari ini.
“Sementara itu, bagi amaran cuaca buruk pula, ia melibatkan kawasan Pantai Barat dan Sandakan (Beluran).
“Kedua-dua kawasan ini akan mengalami hujan lebat berterusan bermula hari ini sehingga esok,”katanya di sini hari ini.
Pada masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di beberapa daerah di negeri Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga esok.
Katanya, bagi negeri Pahang ia melibatkan daerah Maran; Pekan; Rompin; Kuantan dan Bera.
“Di Johor pula ia melibatkan daerah Segamat; Kluang; Mersing; Pontian; Kulai; Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Manakala di Sarawak ia melibatkan daerah Kuching; Serian; Sri Aman; Samarahan; Sibu; Bentong; Sarikei dan Mukah,” jelasnya.
Sementara itu, di Sabah pula ia melibatkan kawasan di Kuala Penyu; Beaufort; Tambunan; Sandakan dan Telupid.
“Amaran cuaca waspada ini juga melibatkan keseluruhan Labuan dan dijangka hujan lebat akan berlaku di semua kawasan yang terlibat,” kata MetMalaysia.-K! ONLINE.