fbpx

7 lokaliti tamat PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokasi seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua lokaliti terbabit menunjukkan trend penurunan dan terkawal.

“Madrasah Daril Naim, Padang Halban, Mukim Peringan, Kota Bharu Kelantan; Kampung Paginatan dan Kampung Maringkan, Ranau, Sabah; akan ditamatkan PKPD hari ini seperti dijadualkan.

“Manakala Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) beserta kuarters kakitangan di Taiping, Perak turut ditamatkan PKPD mengikut jadual pada 12 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), blok penempatan orang kena tahan (OKT) di Pusat Transit Penerimaan (PTP) di Blok Gemilang, Blok Harapan, Blok Jaya, Blok Abadi dilanjutkan PKPD bermula 13 Januari hingga 26 Januari depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI