fbpx

42 penduduk diarahkan kosongkan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Kempas di sini akibat saluran pair air pecah.

JOHOR BAHRU – Seramai 42 orang yang menetap di 12 buah kediaman di Jalan Bukit Kempas 1/4, Taman Bukit Kempas di sini diarah untuk mengosongkan kediaman mereka selepas berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Jamal berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 6.37 pagi.

Jelasnya, kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku disebabkan paip air tangki milik Ranhill SAJ Sdn. Bhd. pecah.

“Pemeriksaan dibuat mendapati paip air bersaiz lebih kurang 8 inci pecah di atas tebing berdekatan Jalan Bukit Kempas 1/4.

“Sehubungan itu bomba terpaksa mengarahkan rumah berhampiran dengan tanah runtuh untuk dikosongkan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, jarak antara runtuhan tersebut dgn kawasan kediaman penduduk adalah lebih kurang 10 meter.

“Sementara itu, kerja-kerja pembersihan sedang di lakukan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru dan pihak Ranhill SAJ.

“Selain itu, agensi kerajaan lain yang turut dimaklumkan berhubung kejadian itu termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” ujarnya lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI