fbpx

40 PPS dibuka libatkan 909 keluarga di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat lima kali ganda dalam tempoh 24 jam kepada 3,283 mangsa setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah daerah yang terjejas bencana banjir juga bertambah kepada lima daerah iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai.

Beliau berkata, mangsa banjir yang melibatkan 909 keluarga dipindahkan ke 40 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah yang terkesan setakat ini.

“Setakat pukul 12 tengah hari tadi, daerah Kota Tinggi merupakan yang teruk terjejas dengan merekodkan seramai 1,907 mangsa daripada 509 keluarga di 21 PPS.

“Sementara itu, di Johor Bahru pula, seramai 1,126 mangsa dicatatkan daripada 332 keluarga yang dipindahkan ke 13 PPS dibuka sehingga ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, seramai 104 mangsa direkodkan di Kulai membabitkan 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan S (SK) Murni Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI