fbpx

31 lelaki leka sabung ayam ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazuki (dua dari kanan) menunjukkan rampasan 27 ekor ayam sabung hidup yang digunakan dalam aktiviti laga Ayam di Ladang Kelapa Sawit di Changkat Lobak semalam. - Foto Wat Kamal Abas

BAGAN SERAI – Seramai 31 lelaki yang leka menyabung ayam ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam perjudian laga haiwan berkenaan di kawasan ladang kelapa sawit di Changkat Lobak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, hasil daripada maklumat awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat  Polis Daerah (IPD) Kerian membuat serbuan di ladang sawit tersebut pada pukul 3 petang.

“Seramai 31 orang berjaya ditahan polis manakala lebih 120 orang yang lain melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak polis di lokasi.

“Hampir kesemua suspek yang ditahan adalah warganegara namun bukan penduduk tempatan berusia lingkungan 27 hingga 68 tahun termasuk seorang penjawat awam,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kerian di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI