fbpx

180 kg daun ketum ditinggalkan di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan daun ketum yang ditinggalkan di tepi Jalan Kasban dekat Jeram Perdah, Rantau Panjang pagi tadi.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas daun ketum seberat 180 kilogram  (kg) di dalam beberapa bungkusan plastik yang ditinggalkan di tepi Jalan Kasban dekat Jeram Perdah di sini hari ini.

Bungkusan itu ditemui pada pukul 6 pagi ketika sepasukan anggota PGA sedang menjalankan rondaan rutin di kawasan berkenaan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan ketum itu dianggarkan bernilai RM 5,400.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kesemua daun-daun ketum itu cuba diseludup ke negara jiran menggunakan laluan tikus bagi mengelakkan dicekup anggota PGA.

“Permintaan daun ketum yang tinggi di negara berkenaan menjadi mendorong kepada aktiviti penyeludupan bahan terlarang itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azhari memberitahu, PGA akan terus mempertingkan rondaan di kawasan sempadan negata dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan..

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI