fbpx

Volkswagen tawar rebat RM1,000 sempena Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Volkwagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan Rebat Ang Pao bernilai RM1,000 bagi jentera Volkswagen sempena Tahun Baru Cina (CNY) bulan hadapan.

VPCM dalam satu kenyataan memberitahu, kenderaan yang terlibat dalam promosi tersebut ialah Tiguan Allspace Highlinine, Tiguan Allspace R-Line, Arteon R-Line, Passat Elegance dan Passat R-Line.

“Pelanggan yang menempah menerusi eShowroom akan mendapat penjimatan eksklusif tambahan online selain rebat ditawarkan.

“Mereka yang berminat dengan varian Passat juga akan menerima insurans setahun percuma atau penjimatan RM5,500,” katanya baru-baru ini.

Selain itu, menurut VPCM, pelanggan mereka juga akan menerima pelbagai lagi tawaran di bawah Kempen Servis Selepas Jualan CNY bagi alat-alat ganti dan minyak enjin.

Katanya, mereka juga akan menerima Pemeriksaan Servis 5 Bintang percuma, diskaun sehingga 20 peratus bagi bateri dan tayar serta paket ang pao Volkswagen percuma,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI