PETALING JAYA- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 selepas mendapat ujian saringan malam tadi.
Pejabat Menteri memaklumkan, beliau menjalani ujian setelah tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pagi semalam.
“Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, beliau pada 1 Januari lalu telah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif.
“Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah memudahkan urusan kita semua,” ujarnya. -K! ONLINE