fbpx

Tanah runtuh ragut 11 nyawa di Sumedang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat membawa mayat mangsa selepas dua kejadian tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang di Sumedang, Jawa Barat hari ini. - AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban termasuk seorang budak lelaki berumur enam tahun dan puluhan  yang lain hilang selepas tanah runtuh melanda wilayah Jawa Barat, kata pihak berkuasa hari ini.

Hujan lebat mencetuskan bencana itu petang semalam di bandar Sumedang di mana tanah runtuh kedua menimbus penduduk dan pasukan penyelamat yang berusaha mencari mangsa bencana awal, kata jurucakap agensi menyelamat Bandung, Seni Wulandari.

“Kami masih mengira  berapa ramai manga hilang selepas tanah runtuh kedua berlaku kerana ramai orang menyertai usaha menyelamat tanah runtuh pertama,” katanya.

Seni berkata, sekurang-sekurangnya seorang mangsa terselamat cedera parah, manakala 11 orang disahkan terkorban.

Bencana tanah runtuh dan banjir kilat kerap berlaku di kepulauan Indonesia.

Pada September tahun lalu, sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat tanah runtuh di Kalimantan manakala beberapa bulan sebelumnya,  puluhan mangsa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Sulawesi.

Agensi bencana Indonesia menganggarkan seramai 125 juta rakyat negara itu atau hampir separuh populasinya tinggal di kawasan berisiko berlaku tanah runtuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI