fbpx

Sungai Johor berada diparas bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paras air di Sungai Johor, Kota Tinggi semakin tinggi berikutan hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air gelombang kedua hari ini. Foto: RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI – Keadaan banjir di daerah ini dilihat akan bertambah buruk selepas beberapa sungai termasuk Sungai Johor berada diparas bahaya dan dijangka melimpah ke kawasan penempatan berhampiran.

Tinjauan yang dibuat di sekitar daerah ini mendapati beberapa kawasan seperti di Kampung Kelantan, Jalan Mawai dan pusat bandar didapati sudah dinaiki air.

Faktor hujan lebat yang turut sejak awal pagi tadi serta air pasang setinggi dua meter yang direkodkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) sekitar 6 pagi tadi menyumbang kepada kenaikan paras air.

Ramalan Jupem juga merekodkan akan berlaku air pasang setinggi 2.45 meter kira-kira pukul 8.30 malam ini yang dilihat bakal menyebabkan situasi banjir bertambah buruk.

Tinjauan juga mendapati beberapa penduduk sudah mula mengemas barang berharga sebelum meninggalkan rumah mereka manakala gerak kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu mangsa mencuci rumah terpaksa ditangguhkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI