fbpx

Semua laluan LPT1 kini dibuka kepada semua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lorong laju di KM 126.3 LPT1 kini telah dibuka kepada semua kenderaan bermula pukul 4 petang tadi.

PETALING JAYA – Semua laluan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) kini telah boleh dilalui oleh semua kenderaan selepas kawasan yang terlibat dengan banjir sebelum ini telah beransur pulih.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini laluan di Kilometer 126.3 antara Persimpangan Chenor ke Persimpangan Temerloh ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir.

Bagaimanapun kata LLM, lorong laju di laluan tersebut telah dibuka semula bermula pukul 4 petang tadi.

“Ini bermakna semua laluan di LPT1 kini boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Walaubagaimanapun, pengguna dinasihati untuk mematuhi papan tanda di lokasi dan berhati-hati ketika memandu,” katanya di laman Facebook di sini hari ini.

Jelas LLM, untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini pengguna boleh mengikutinya di laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik.

“Selain itu, maklumat juga boleh didapati di Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI