fbpx

Rakyat Kelantan diminta tidak buat pembelian panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanifa (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak pada Program Walkabout Gerakan Pengguna Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia di sebuah pasar raya di Kota Bharu hari ini.

KIFA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menasihatkan pengguna di negeri ini supaya tidak membuat pembelian panik berikutan pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Pengarahnya, Adnan Abdul Rahman berkata, sekiranya pengguna melakukan pembelian panik ia boleh memberi kesan kepada kekurangan bekalan barangan keperluan di pasaran di negeri ini.

Katanya, KPDNHEP Kelantan memberi jaminan bekalan barangan mencukupi setakat ini meskipun berdepan dengan bencana banjir.

“Kita telah melantik 225 peruncit di seluruh daerah untuk menyimpan barang keperluan kepada pengguna agar ia mencukupi.

“Sebanyak 99 pemborong telah dipilih di seluruh daerah merangkumi 14 Parlimen dan 45 Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Walkabout Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, pihaknya sentiasa memantau secara harian barang keperluan pengguna di negeri ini bagi memastikan ia sentiasa mencukupi dan mudah diperoleh di pasaran sekaligus mampu menampung keperluan pengguna secara berterusan.

Katanya, antara barangan yang dipantau termasuk gula, minyak masak, tepung, beras, roti, susu tepung, ayam, sayur, telur, bawang, cecair pencuci tangan dan pelitup muka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI