fbpx

PPS bebas penularan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kanan) beramah-mesra dengan mangsa banjir di PPS SK Bukit Mentok di Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di seluruh negara.

Ismail Sabri berkata, setakat ini, tiada kes positif Covid-19 melibatkan mangsa banjir dikesan.

“Alhamdulillah, setakat Ini belum ada lagi (mangsa banjir positif Covid-19). Saya harap ia kekal sehingga banjir selesai dan semua pulang ke rumah masing-masing.

“Saya percaya kalau semua patuh kepada SOP ditetapkan, InsyaAllah kita boleh elakkan jangkitan Covid-19 di PPS.Setakat hari ini, semua PPS saya lawat memang semua mematuhi SOP ditetapkan,” katanya ketika melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini hari ini.

Ismail Sabri begitupun masih gusar pematuhan penjarakan fizikal dalam kalangan mangsa banjir di PPS.

“Saya tengok kawalan kemasukan untuk pemeriksaan saringan suhu di setiap tempat itu ada dan pemakaian pelitup muka pun dipatuhi.

“Begitupun, saya masih bimbangkan segi penjarakan fizikal. Kalau terlampau ramai (mangsa banjir) itu yang membimbangkan, jadi saya harap supaya semua pihak sentiasa mematuhinya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI