fbpx

Pemain industri pelancongan bimbang PKP dikuatkuasakan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana Pantai Chenang yang dipenuhi pelancong selepas kerajaan membenarkan rentas negeri pada awal bulan lalu.

LANGKAWI – Pemain industri pelancongan di pulau peranginan ini bimbang perniagaan akan kembali merosot sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semula susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Rata-rata pengusaha hotel dan agensi pelancongan mendakwa industri itu baru sahaja mahu bangkit semula selepas kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah dan Perlis, Razmi Rahmat berkata,
pengusaha hotel sudah pasti menerima tempias yang besar sekiranya kerajaan mengumumkan PKP ketika pemain industri pelancongan Langkawi baru sahaja mahu ‘bernafas’ semula.

“Langkawi baru sahaja menerima kedatangan ramai pelancong selepas larangan rentas negeri yang dilaksanakan di kawasan zon merah seperti Lembah Klang ditamatkan.

“Larangan rentas negeri tersebut memberi kesan teruk kepada kami kerana kebanyakkan pelancong domestik datang dari Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, walaupun tiada lagi keputusan dibuat berhubung pelaksanaan PKP, sudah ada pelancong yang membatalkan tempahan penginapan.

“Apabila larangan rentas negeri dilaksanakan, mereka (pelancong) bimbang terpaksa berdepan kesukaran untuk kembali ke negeri asal masing-masing,” ujarnya

Menurutnya, kira-kira 70 peratus sumber ekonomi di Langkawi adalah daripada industri pelancongan.

“Kita faham keperluan untuk mengadakan larangan tersebut, tetapi kita juga memohon kerajaan untuk memahami situasi yang terpaksa dihadapi oleh industri pelancongan setelah hampir sembilan bulan terseksa kerana tiada pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pro Link Travel & Tours Sdn. Bhd, Hasmadi Hamid yang berpangkalan di Pantai Chenang berkata, sekiranya larangan rentas negeri dilaksanakan semula kemungkinan akan ada protes dilakukan oleh golongan tersebut.

“Syarikat kerugian kira-kira RM20,000 apabila larangan rentas negeri yang melibatkan Lembah Klang dilaksanakan kerana kebanyakkan pelancong tempatan adalah dari kawasan tersebut.

“Sekiranya larangan itu dilaksanakan sekali lagi, agak sukar untuk kami untuk terus bertahan kerana tunggakan sewa premis ekoran PKP pada Mac tahun lalu juga masih belum langsai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI