fbpx

Pakai gaun sama, Pavithra tutup bahagian bahu terdedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini memberitahu bahawa gaun putih terdedah bahu yang dipakai oleh pelakon, Natasha Hudson baru-baru ini pernah digayakan dengan ‘sempurna’ oleh personaliti masakan YouTube, Pavithra ketika sesi fotografi sebuah majalah online pada tahun lalu.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pereka fesyen tersebut menerusi Instagram miliknya hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, Rizman Ruzaini memberitahu bahawa Pavithra meminta supaya bahagian bahu yang terdedah ditutup dan telah dipersetujui oleh penata gaya.

“Lihat betapa elegannya Pavithra memakai busana Rizman Ruzaini untuk muka hadapan sebuah majalah beberapa bulan lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Ini merupakan kali terakhir pakaian ini dipinjam untuk sesi promosi sebelum dijual.

“Berkongsi kisah menarik tentang Pavithra, gaun ini dipinjam untuk sesi penggambaran dan disertai oleh penata gaya bagi membantu kelancaran sesi fotografi berkenaan.

“Namun gaun tersebut terlalu terdedah pada bahagian bahu dan hanya dilapisi dengan fabrik jenis tulle yang jarang dan membuatkan Pavithra kurang selesa,” tulis pereka fesyen itu.

Katanya lagi, personaliti berusia 29 tahun itu kemudiannya telah meminta agar bahagian bahunya yang terdedah ditutup dengan sempurna.

“Permintaannya dipersetujui penata gaya dan pihak Rizman Ruzaini biarpun dia (Pavithra) bukan selebriti gred A.

“Penata gaya menghormati permintaan Pavithra dan menggayakan ikut keselesaannya. Pihak kami bersetuju asalkan tidak mencacatkan keseluruhan rekaan gaun tersebut,” kata Rizman Ruzaini.

Tambahnya lagi, Pavithra bukanlah artis ternama, namun mereka masih gembira dengan cara pembawaan gaun tersebut oleh Pavithra.

Terdahulu, Natasha mengejutkan ramai pihak apabila tampil menggayakan pakaian tersebut dalam satu majlis pelancaran produk kecantikan dengan bahagian bahu terdedah walaupun dia berhijab.

Rizman Ruzaini kemudian tampil menyatakan kekesalannya dan terkejut apabila pelakon yang juga model itu memakai busana terbabit sekali gus menganggap telah mencalarkan imej dan reputasi yang dibina jenama mereka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI