JAKARTA – Menteri Informasi Maklumat Indonesia, Budi Karya Sumadi dan Panglima Tentera Negara Indonesia, Marsyal Hadi Tjahjanto turut serta dalam usaha cari dan menyelamat pesawat Sriwijaya Air yang terhempas petang semalam.
Menurut laporan Detik.com, mereka berdua dilihat menaiki Kapal Republik Indonesia (KRI), John Lie 358 awal pagi tadi.
Budi tiba di KRI John Lie pada pukul 07.34 pagi (waktu tempatan) dan diikuti oleh Hadi Tjahjanto untuk memeriksa titik lokasi nahas Sriwijaya Air SJ 82 di perairan Kepulauan Seribu.
“Hari ini saya bersama pasukan komando, Basarnas, Angkatan Laut Indonesia dan pihak berkepentingan akan pergi ke lokasi.
“Ini semua atas perintah Presiden Joko Widodo pada pukul 5 pagi tadi (waktu tempatan) bagi menunjukkan bahawa pencarian dilakukan dengan kadar paling optimum,” kata Budi. – Agensi