fbpx

Lima lelaki ditahan miliki senjata api buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsudin (dua dari kiri) menunjukkan senjata api buatan sendiri yang dirampas ketika serbuan di Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil pada sidang akhbar di IPD Baling hari ini.

BALING – Lima lelaki termasuk dua beradik ditahan kerana memiliki senjata api buatan sendiri dalam serbuan di Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil dekat sini pada semalam dan Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tangkapan pertama membabitkan dua beradik berusia 34 dan 43 tahun di sebuah rumah di kampung tersebut pada pukul 4.30 pagi, Rabu lalu.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai selaras senapang patah, selaras senapang angin buatan sendiri, peluru, biji bearing, magnet, pemotong jenama Bosch dan alat pencuci senjata,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di sini hari ini.

Kata beliau, hasil soal siasat ke atas dua suspek tersebut, pihaknya bersama anggota Balai Polis Kuala Ketil kemudian ke kawasan ladang di kampung itu dan berjaya menahan tiga lelaki warga asing pada pukul 12 tengah hari, semalam.

Jelasnya, susulan tangkapan tersebut, ketiga-tiga suspek berusia antara 36 dan 46 tahun itu mengaku menyimpan senjata api jenis buatan sendiri dan memaklumkan tiga senapang berkenaan disimpan di rumah kongsi masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI