fbpx

Lampard tidak ada pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD bakal berdepan akibat buruk jika Chelsea gagal meneruskan kemaraan pada saingan Piala FA menentang Morecambe. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard berdepan kemungkinan dipecat sekiranya gagal meraih kemenangan untuk perlawanan keempat berturut-turut menjelang aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Morecambe di Stadium Stamford Bridge malam ini.

Lampard, 42, juga patut me­ngundurkan diri secara sukarela jika pemainnya gagal menunjukkan prestasi positif atau lebih malang tewas kepada Morecambe yang kini menduduki tangga ketujuh Liga 2 England iaitu tiga divisyen lebih rendah daripada The Blues.

Bagaimanapun, legenda Chelsea dan England itu enggan memandang rendah kemampuan pihak lawan meskipun atas kertas skuad bimbingannya diramal tidak berdepan laluan sukar.

“Saingan Piala FA sentiasa menjanjikan magisnya yang tersendiri. Kebiasaannya pasu­kan-pasukan underdog akan cuba memberikan segala-gala­nya yang mereka ada untuk memberikan tentangan, sekali gus meraih kemenangan.

“Berdasarkan situasi semasa, kami perlu berhati-hati supaya tidak kejutan berlaku nanti. Saya percaya kami boleh menang perlawanan ini jika bermain mengikut perancangan tanpa melakukan sebarang kesilapan.

“Saya lebih berminat memikirkan mengenai pasukan sendiri. Namun, pada masa sama kami perlu menghormati Morecambe dan saingan Piala FA ini,” kata Lampard.

Sebagai rekod, kali terakhir Chelsea berjaya meraih kemenangan ketika menewaskan West Ham United 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada 22 Disember lalu sebelum tewas tiga perlawanan berturut-turut kepada Arsenal, Aston Villa dan Manchester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI