SEBERANG PERAI – Seorang ibu cemas apabila anak perempuannya berusia setahuan terperangkap kira-kira setengah jam di dalam sebuah kereta yang terkunci di hadapan sebuah rumah di Bertam, Kepala Batas di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.40 petang.
“Apabila bomba tiba, didapati seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang terkunci.
“Dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) anggota kemudian melaksanakan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta pada pukul 6.10 petang,” katanya kepada pemberita hari ini.
Menurutnya, kejadian itu tidak mengakibatkam kecederaan kepada kanak-kanak tersebut.
Operasi itu dijalankan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bertam. – K! ONLINE