fbpx

Jangan panik, barangan mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP Selangor memantau bekalan barangan keperluan asas di seluruh negeri ini. -Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik berikutan bekalan barangan di semua sektor peruncitan mencukupi.

Ini susulan penularan dakwaan berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri zon merah di media sosial.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, semua premis perniagaan di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit masih beroperasi seperti biasa seterusnya menyumbang kestabilan dan keberadaan barangan keperluan di dalam pasaran.

Katanya, pemantauan harian turut dilakukan dalam memastikan barangan keperluan seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang, cecair sanitasi tangan dan pelitup muka juga mudah diperolehi di pasaran.

“KPDNHEP Selangor mengambil maklum mengenai situasi pembelian panik yang dikatakan berlaku di beberapa kawasan di negeri ini namun ia adalah terkawal.

“Situasi panik ini mungkin menular di kalangan rakyat berikutan pengumuman khas yang akan dibuat oleh kerajaan mengenai tindakan PKP di negeri-negeri tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya turut memastikan tiada berlakunya sebarang manipulasi harga di kalangan para peniaga yang akan memberikan beban kepada rakyat dan pengguna nanti.

Muhamad Zikril menegaskan pembelian panik hanya akan memberikan kesan kepada kekurangan bekalan barangan keperluan.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menjelaskan sebanyak 15,711 premis perniagaan meliputi pemborong, pembekal, pasaraya, pasar mini dan kedai runcit serta pasar awam telah diperiksa sepanjang 18 Mac hingga 31 Disember tahun lalu.

“Bagi tempoh sama, sebanyak 2,453 aduan diterima keseluruhannya dan 216 aduan berkaitan barangan keperluan khas serta harga barangan (2,237).

“Kita juga menerima dua aduan berkaitan barangan keperluan asas dan 20 harga barang sepanjang tempoh 1 Januari sehingga semalam. Kesemua aduan tersebut telah diselesaikan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI