fbpx

 Harta benda penduduk habis musnah akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL Ikhwan mengemas rumahnya yang baru pulih daripada banjir di Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Banjir gelombang kelima yang melanda daerah ini sejak Ahad lalu mengakibatkan kerugian besar kepada penduduk terlibat di daerah ini.

Kebanyakan mangsa banjir yang ditemui terutama termasuk Bandar Baru Bukit Mentok dan Kampung Tanjuk Maktat di sini memberitahu perabot dan peralatan dalam rumah mereka telah rosak dan terpaksa dibuang.

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kemaman, Khairul Ikhwan Zakaria berkata,  hanya katil dan meja makan di rumahnya dapat diselamatkan selepas rumahnya dinaiki air sehingga dua meter.

“Sewaktu banjir berlaku, saya sedang bertugas di salah sebuah pusat pemindahan. Saya fikirkan air hanya naik pada paras buku lali lalu saya terus bertugas.

“Esok paginya, saya terperanjat kerana perlu mengharung banjir hampir tiga kilometer untuk ke rumah yang sudah ditenggelami air,”  katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Khairul Ikhwan yang masih bujang berkata, dia bermalam dalam keretanya selama empat hari sejak Rabu lalu.

“Saya sepatutnya duduk di pusat pemindahan sementara tetapi ia sudah terlalu padat, saya beri peluang kepada mangsa banjir lain,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN