fbpx

‘Hancur perasaan bila hilang kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bibi Nur Atikah Nasir Khan

Isu penamatan lebih 2,000 kakitangan syarikat penerbangan Malindo Air termasuk krew kabin pada November tahun lalu sememangnya memberi impak besar dalam diri anak jati Pulau Mutiara, Pulau Pinang, Bibi Nur Atikah Nasir Khan, 29.

Gadis berdarah campuran Pakistan itu tergamam sebaik menerima e-mel pihak pengurusan syarikat penerbangan berkenaan memaklumkan berita sedih itu.

Walaupun terpaksa melepaskan kerjaya sebagai pramugari yang diceburi selama setahun 7 bulan, namun semangatnya tidak pernah mengalah.

Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama Bibi Nur Atikah yang kini menjadi model sambilan.

Kosmo! Ahad : Kenapa memilih kerjaya sebagai pramugari sebelum ini?
BIBI NUR ATIKAH: Ini cita-cita yang saya impikan sejak di bangku sekolah rendah. Kerjaya ini lain daripada lain serta sukar dikecapi tanpa ada bakat, kemahiran serta personaliti menarik.

Apakah pengalaman yang sukar dilupakan sepanjang bekerja di awan biru?
Kerjaya di awan biru mendidik diri menjadi lebih berdisip­lin terutama dengan masa serta pengalaman berdepan dengan pelbagai kerenah penumpang pesawat. Berada di dalam pesawat lebih enam jam serta berpeluang melancong ke pelbagai negara luar antara pengalaman sukar ­dilupakan.

Bagaimana perasaan apabila tersenarai dalam pemberhentian kerja?
Tidak menyangka sama sekali tersenarai antara krew penerbangan yang akan diberhentikan kerja. Perasaan saya hancur dan menangis selama dua hari me­ngenangkan masa depan.

Bibi Nur Atikah turut meminati sukan berkuda

Bagaimana kehidupan selepas diberhentikan kerja?
Berusaha mencari peluang pekerjaan baharu termasuk berniaga secara kecil-kecilan dengan menjadi ejen jualan produk kesihatan dan kecantikan.

Apakah perubahan paling ketara ketika ini?
Rutin hidup berubah 360 darjah termasuk perubahan dari segi kewangan dan turut berdepan kesukaran memperoleh peluang pekerjaan baharu ekoran penularan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.

Adakah akan kembali be­kerja sekiranya menerima semula tawaran?
Insya-Allah jika diberi peluang kedua, saya tidak akan menolak untuk kembali semula menjadi pramugari dan berharap ia menjadi kenyataan.

Bercita-cita menjadi pramugari sejak di bangku sekolah rendah.

Siapa anda jika bukan pramugari lagi?
Saya mahu menguruskan perniagaan produk kecantikan kelua­ran jenama sendiri.

Apakah kerjaya yang dilakukan hari ini? Kenapa memi­lihnya?
Sekarang saya menjadi model sambilan untuk mempromosikan produk kecantikan dan pakaian. Saya percaya, dengan bakat sedia ada, saya mampu melakukan yang terbaik.

Mula bergiat aktif dalam aktiviti menunggang kuda. Kenapa memilih aktiviti yang ramai beranggapan untuk golongan mewah?
Aktiviti ini sekadar riadah apabila ada kelapangan. Bagi saya, aktiviti berkuda membantu membentuk konsentrasi yang tinggi dalam emosi kita.

Apakah kriteria jejaka ­pilihan?
Seorang yang baik hati, menghormati orang tua dan perlu ­jujur.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI