fbpx

Gereja musnah terbakar di Morib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gereja Mar Thoma Syrian di Morib, yang musnah terbakar malam ini.

KUALA LANGAT – Sebuah gereja, Mar Thoma Syrian berusia 24 tahun musnah dalam kebakaran di Morib, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 malam itu bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, kebakaran dikatakan bermula daripada bumbung di ruang perhimpunan sebelum merebak ke bahagian lagi bangunan gereja berkenaan.

Katanya, seramai 18 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, Telok Panglima Garang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima pangggilan kecemasan pukul 7.28 malam.

“Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak dan memusnahkan ruang perhimpunan gereja berkenaan.

“Kebakaran berjaya dikawal selang beberapa minit kemudian dengan 80 peratus bangunan itu musnah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Jelas Hafisham, jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihaknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI